Kelebihan dan Kekurangan Pre Order dan Ready Stock
Bagi Anda yang suka membeli secara online, mesti sudah biasa dengan penggunaan istilah barang Ready Stock ataupun PO (pre order). Dua istilah ini sangatlah rapat dengan pembelian secara online atau selalu terpampang pada gambar-gambar yang di muat naik oleh perniaga online. Sebenarnya, apakah kelebihan barang Ready Stock atau Pre Order ini? Manakah yang lebih berbaloi ? Saya akan menerangkan untuk membantu anda membuat pilihan.
Sebelum itu, biar saya jelaskan perbezaan kedua-dua maksud perkataan Ready Stock dan Pre Order. Ready Stock bermaksud barang telah sedia ada dan hanya tunggu untuk di pos ke rumah anda. Sementara barang Pre Order maksudnya barang tersebut harus dipesan dahulu dan akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah anda. Biasanya, barang ini dipesan dari luar negara oleh kerana susah untuk didapati di negara kita dan kebanyakkannya adalah barang tiruan.
Kelebihan
Kelebihan barang ready stok adalah seperti berikut:
Pembeli tidak perlu tunggu lama, bayar jumlah harga barang, barang dipos kepada pembeli,dan barang sampai. Pembeli tidak perlu menunggu dan khuatir barang tidak sampai kerana biasanya selepas barang di pos, penjual akan memberikan No. Tracking supaya pembeli boleh menyemak keberadaan barangan tersebut.
Kelebihan barang pre order tidak sama dengan kelebihan Ready Stock, hal ini kerana Pre Order ada kelebihan tersendiri. Antara kelebihannya ialah:
Kepelbagaian barang yang ada. Biasanya Pre Order mampu memberikan banyak pilihan dan mampu memenuhi cita rasa pembeli. Hal ini kerana pelbagai jenis dan koleksi yang mampu menarik pembeli untuk berurusan dengan penjual.
Ada juga yang memberikan harga lebih murah tetapi perlu Pre Order. Hal ini barang tersebut penjual tidak mark up harga terlalu tinggi berbanding Ready Stock dan ada juga yang menawarkan kualiti yang lebih elok berbanding Ready Stock.
Kekurangan Ready Stock
Kelebihan Ready Stock adalah cepat sampai tetapi kekurang Ready Stock ialah stok biasanya sedikit dan kadang kala tidak mampu memenuhi permintaan. Hal ini kerana perniagan online biasa tidak akan memgambil barang terlalu banyak kerana takut tidak terjual. Tetapi sebagai pemilik produk sendiri, masalah ini biasanya tidak berlaku.
Sebagai contoh saya penjual kasut A dan saya tidak akan menyimpan terlalu banyak stok kerana jika permintaan kurang saya yang rugi kerana mungkin permintaan kasut B lebih tinggi dan saya tidak menyimpan kasut B.
Saya pengasas produk C, saya akan menyimpan produk tersebut kerana takut permintaan tinggi dan jika permintaan kurang saya tidak rugi kerana saya mengusahakan produk saya sendiri.
Tetapi sebagai perniaga online, biasanya kita akan memberikan peluang kepada pembeli untuk Booking terlebih dahulu. Biasanya tempoh 1-2 hari diberikan untuk pembeli menjelaskan bayaran tersebut. Jika pembeli tidak menjelaskan pembayaran tersebut, penjual boleh menjual kepada orang lain.
Kekurangan barang Pre Order
Membeli barang dengan cara Pre Order dapat memenuhi cita rasa pembeli. Tetapi kekurangannya mengambil masa yang lama. Kebiasanya penjual online ini akan membeli barang daripada China. Anda sendiri boleh bayangkan bertapa jauhnya perjalanan barang tersebut. Barang tersebut akan mengambil masa yang lama sehingga berminggu-minggu untuk sampai. Jika kita hendak barang tersebut sampai dengan cepat adalah dengan meningkatkan Kos Penghantaran barang tersebut. Peningkatan Kos Penghantaran mungkin melampaui harga barang.
Selain itu, kemungkinan kita tidak dapat barang sangat tinggi. Hal ini kerana barang tersebut mungkin habis atau tiada stok. Kadang-kadang penjual tidak dapat mencari pembekal yang kedua barang tersebut. Hal ini menyebabkan barang tidak sampai dan kita sebagai pembeli harus tanya awal-awal dahulu, jika barang tidak sampai ada pemulanggan wang atau tidak. Hal ini kerana biasanya penjual akan memberikan jaminan pemulanggan wang untuk memberikan keyakinan kepada pembeli.
Seterusnya, barang penjual telah memesan barang tetapi barang tidak sampai-sampai. Hal ini adalah faktor penggantaran. Kita tidak tahu apa yang berlaku semasa proses penghantaran dan kemungkin barang akan sampai lebih dari tempoh yang dijangkakan. Pilihan yang kita ada ialah memintak wang dikembalikan atau kita boleh terus bersabar menunggu.
Inilah penerangan yang dapat saya berikan. Jika anda pembeli barang online anda mempunyai dua pilihan sama ada membeli barang Ready Stock atau Pre Order. Kebanyakkan orang akan memilih Ready Stock kerana tidak perlu tunggu masa yang lama dan lebih menyakinkan. Tetapi ada juga yang membeli secara Pre Order kerana pelbagai pilihan barang dan ada yang telah menemui penjual barang Pre Order yang boleh dipercayai.
Kepada golongan yang mahu memulakan atau mencari pengalaman meniaga secara online. Anda boleh mula dengan Dropship. Dropship juga ada yang Ready Stock dan Pre Order. Bezanya Ready Stock anda perlu tanya Admin sama ada barang ada lagi atau tidak dan barulah anda boleh memberi tahu pelanggan anda. Pre Order anda tidak perlu menunggu jawapan dari Admin, boleh terus mengambil Order dan memesan terus kepada Admin.
Sekian...